Tokyo: Sebuah mahkamah di Jepun memutuskan suara manusia mendapat perlindungan undang-undang dalam kes penting membabitkan seorang pelakon terkenal dan akaun TikTok yang didakwa meniru suara baritonnya yang 'merdu' dalam video dijana kecerdasan buatan (AI).

Portal The Guardian melaporkan, Mahkamah Daerah Tokyo pada Rabu berkata, suara wajar menikmati perlindungan yang sama seperti hak publisiti, pada akhir prosiding yang mendapat perhatian ramai dan dibawa terhadap TikTok oleh Kenjiro Tsuda, yang terkenal sebagai pelakon suara watak Kento Nanami dalam anime Jujutsu Kaisen.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permintaan Tsuda supaya pengendali TikTok memadamkan video berkenaan kerana pengguna akaun itu sudah memadamkannya tidak lama selepas saman difailkan pada November lalu.