Kuala Lumpur : Warisan budaya dan kreativiti Nusantara bakal diraikan dalam bentuk yang lebih segar menerusi penganjuran festival budaya kontemporari, AKAR//NEXT 2026 yang dijadualkan berlangsung di Central Market (Pasar Seni) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.
Dianjurkan oleh Goodseed Event, festival tiga hari yang membawa tema "One Root. Infinite Futures." itu menggabungkan pelbagai elemen muzik, seni visual, fesyen, kraftangan, produk kreatif, aktiviti komuniti, hinggalah pengalaman digital.
Ketua Pegawai Eksekutif Goodseed Event, Hilli Fahmi berkata, AKAR//NEXT diwujudkan bagi membuktikan bahawa budaya bukan sesuatu yang statik, sebaliknya terus berkembang menerusi pelbagai saluran kreativiti generasi baharu.









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/aa16b69409642838a87d5ec88eb05d82.jpg)
