PUTRAJAYA – "Yang tak bayar, syarikat. Yang diminta diambil tindakan ialah menteri. Apa punya logik ini?"Demikian tegas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika mengulas kritikan di media sosial yang mendesaknya meletakkan jawatan susulan keputusan kerajaan menggantung perkhidmatan pembayaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) oleh pemungut hasil, MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd.Menurutnya, keputusan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan JPJ dibuat berdasarkan fakta berhubung tunggakan hasil kerajaan, bukannya dipengaruhi sebarang pertimbangan politik."Saya pun hairan. Cepat-cepat minta saya letak jawatan pula. Yang tak bayar, syarikat!" katanya pada sidang akhbar di sini pada Isnin.Jumaat lalu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan memaklumkan, keputusan penggantungan berkuatkuasa 5 Oktober 2026 dibuat selepas mengambil kira pematuhan terhadap terma dan syarat perjanjian yang ditetapkan serta kedudukan obligasi (tanggungjawab) yang masih belum dipenuhi atau diselesaikan oleh syarikat berkenaan.AKAN MENYUSUL