PETALING JAYA – Tindakan seekor kucing yang melintas di kawasan trek perlumbaan F1 mencuri perhatian netizen hingga ada berseloroh mengatakan si bulus itu lebih laju daripada jentera bernilai ratusan juta itu.
Gelagat spontan kucing berbulu hitam itu berlaku di hadapan pentas utama menyebabkan penonton cemas sekiranya ia dilanggar.
“Dia lagi laju daripada kereta ratusan juta itu,” komen Radzi.
Ibnuhussin pula menyifatkan kucing berkenaan sebagai “raja Formula” yang melintas di litar.
“Mentang-mentang ada banyak nyawa,” seloroh yang lain.










