PETALING JAYA – Lebih 4,000 orang menyertai Program Oghang Kite Berselawat di Masjid Al Ansar, Changkat Lada, Pasir Salak, Perak malam tadi.
Program berkenaan berlangsung dalam suasana penuh penghayatan menerusi alunan selawat dan pengisian ilmu oleh Ustaz Neezam Al-Banjari serta Ustaz Dr. Nur Mohammad Hadi.
Kehadiran peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat itu sekali gus memperlihatkan sambutan menggalakkan terhadap program berunsurkan kerohanian, selain menjadi wadah mengeratkan silaturahim dan ukhuwah.
Antara detik menarik perhatian pada program tersebut ialah apabila Datuk Wira Ramelle Ashram Tun Ramli menerima sanad daripada Ustaz Neezam Al-Banjari.
Menurut Ramelle Ashram, program seumpama itu bukan sekadar majlis keagamaan, sebaliknya menjadi ruang untuk masyarakat berhimpun, berselawat dan menyuburkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW.








/file/attachments/orphans/FootballAssociationofMalaysia1_867551.png)
