Kuala Lumpur : JYY Group mengambil langkah proaktif memperkukuh potensi madu kelulut tempatan menerusi penganjuran Simposium Saintifik Madu Kelulut Malaysia 2026, sekali gus menyasarkan bahan semula jadi itu sebagai 'superfood' beridentiti Malaysia di persada global.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin, dengan kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Datuk Nor Sam dan barisan penyelidik universiti tempatan serta wakil industri.

Menurut Chan, Malaysia dikurniakan sumber semula jadi bermutu tinggi, namun usaha membawanya ke pasaran global memerlukan penyelidikan saintifik yang kukuh, piawaian kualiti, serta pembabitan aktif sektor swasta.