JAKARTA: Fergus Tierney muncul wira Harimau Malaya apabila jaringan pada separuh masa kedua membantu Malaysia menewaskan Vietnam 1-0 dalam penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), di sini, sebentar tadi.
Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan pengendali sementara, Tan Cheng Hoe menamatkan kempen di tempat ketiga sekali gus memastikan Harimau Malaya tidak pulang dengan tangan kosong selepas terlepas peluang ke final.
Lebih menarik, Malaysia menutup saingan kejohanan dengan rekod tanpa kalah dan tanpa bolos selepas melalui empat perlawanan dalam kempen kali ini.
Tanpa kelibat tonggak pertahanan Brad Tapp dan Dion Cools selain Arif Aiman Hanapi yang hanya berada di bangku simpanan, Cheng Hoe mengambil risiko dengan menampilkan gandingan Ubaidullah Shamsul, Harith Haiqal Adam Afkar dan Daniel Ting di bahagian pertahanan.








