SHAH ALAM – Penyanyi Zaki Yamani menafikan dakwaan hubungannya dengan abang, Osama Yamani dingin susulan kenyataannya mengenai usaha membina kerjaya sendiri yang sebelum ini mencetuskan salah faham.

Menurut pemilik nama penuh Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, perkara tersebit tidak pernah menjejaskan hubungan mereka bahkan Osama turut menghubunginya untuk meleraikan sebarang salah faham disebabkan kenyataan itu.

“Dia mesej saya dan minta maaf selain beritahu akan selalu menyokong serta meminta saya terus berusaha.

“Saya rasa dia salah faham dengan apa yang saya maksudkan. Saya kata, ‘ini mesti tengok yang ini? (kenyataannya dalam sebuah artikel)’.

“Selepas itu dia gelak dan minta maaf. Jadi, kami tidak ada apa-apa masalah sebenarnya,” katanya ketika ditemui pada acara Meet & Greet calon Anugerah Melodi Terhangat 2026 di sini, semalam.