am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Bapa kepada Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang ditemukan meninggal dunia dipercayai dibunuh, semalam bertekad memperjuangkan keadilan buat anaknya itu.

Mohd Khairool Faisal, 42, berkata, dia bersama ahli keluarga akan memastikan anak tunggalnya itu mendapat pembelaan sewajarnya berkaitan tragedi terbabit.

"Saya akan terus berjuang agar anak saya mendapat keadilan. Saya perlukan sokongan semua pihak demi anak saya.

"Kami harap pelakunya mendapat hukuman sewajarnya. Kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan," katanya ditemui selepas pengebumian Irene Sofiya.