KUALA LUMPUR: Perkembangan pantas penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) mewujudkan jurang antara sistem pendidikan dan kemahiran digital yang diperlukan sektor industri.
Kajian tempat kerja menunjukkan sehingga sembilan daripada 10 pekerja di negara ini bergantung kepada sektor, merasakan mereka belum cukup terlatih untuk bekerja bersama teknologi AI.
Pada masa sama, kira-kira 700,000 pekerjaan sedia ada dikatakan berisiko terjejas akibat AI, automasi dan pendigitalan jika usaha meningkatkan kemahiran tidak dipercepatkan.
PEOPLElogy Berhad kini mengambil langkah menangani jurang itu menerusi National AI Readiness Week 2026 (NAIRW 2026) yang akan berlangsung dari 12 hingga 18 November di dua lokasi di Lembah Klang.








/file/attachments/orphans/AnnessaTan1_502210.jpg)
