nurul_husna@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Kemasukan pelabur asing ke negara ini perlu memberi nilai tambah kepada ekonomi serta tidak menjejaskan ekosistem dan rantaian bekalan tempatan.

​Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan menyambut baik penyertaan syarikat luar untuk bersaing, namun ia mestilah berlandaskan prinsip persaingan adil.

​Menurutnya, pelaburan asing sebaliknya perlu mengukuhkan industri sedia ada dan bukannya menghakis pasaran tempatan yang dibina sejak sekian lama.

​"Kita mahu meyakinkan rakan kongsi dan pelabur asing supaya menjadi pelabur yang dipercayai serta rakan institusi.