BACHOK – Seorang penjual ayam bersama adik dan dua remaja didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencuri dua buah motosikal jenis Honda EX5 pada bulan lalu.
Tertuduh, Muhammad Bismi Aiman Zakaria, 22, bersama adiknya, Muhammad Ridwan, 20, dan seorang remaja berusia 16 tahun mengaku bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd. Hamid.
Seorang lagi remaja berusia 18 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan pertama, keempat-empat lelaki itu dituduh bersama-sama mencuri sebuah motosikal jenis Honda EX5 bernilai RM3,000 daripada milik seorang wanita berusia 40 tahun di depan sebuah rumah di Perumahan Orang Kurang Upaya, Kampung Aur Telong di sini kira-kira pukul 3 pagi pada 8 September 2026.








/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/09/17d62d09984d2c8144d6d0852c05b997.jpg)