KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berharap menerima pertambahan peruntukan menerusi Bajet 2027 bagi memperkukuh pembangunan serta kebajikan pelajar di institusi pendidikan tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, tambahan peruntukan diperlukan bagi menampung keperluan pembangunan, pengurusan serta usaha menaik taraf kemudahan institusi pendidikan tinggi.

Menurut beliau, antara perkara yang menjadi perhatian ialah keadaan kemudahan di universiti, politeknik dan kolej komuniti yang memerlukan kerja baik pulih.

Katanya, terdapat kemudahan yang sudah lama dan memerlukan penambahbaikan bagi memastikan kebajikan serta keselesaan pelajar terus terpelihara.

“Kita perlu melihat dalam aspek kebajikan pelajar terutamanya dari segi tempat (kemudahan) pelajar di univesiti, politeknik dan kolej komuniti yang memerlukan langkah baik pulih.