PETALING JAYA – Tindakan kumpulan penunggang motosikal yang berhimpun berdekatan Plaza Tol Mambau menghala ke Lebuh Raya Seremban–Port Dickson, mengundang kecaman orang ramai apabila perbuatan itu menyusahkan pengguna kenderaan lain.

Dalam kejadian dirakam menerusi kamera papan pemuka atau dashcam petang semalam, kumpulan penunggang tersebut berhimpun di kiri dan kanan laluan ke plaza tol tersebut dan ia turut menghalang kereta untuk melepasi laluan itu.

Rakaman dashcam itu tular di media sosial dimuat naik pengguna Thread Puterinur yang menunjukkan kejadian tersebut pada pukul 4.08 petang semalam.

“Nak mengadu dekat mana ye tentang isu ni? Setiap minggu berlaku,” dakwa Puterinur pada kapsyen video.