PETALING JAYA – Seorang wanita memilih untuk berkahwin semula dengan bekas suaminya selepas 20 tahun mereka berpisah, demi menjaga lelaki tersebut yang kini terlantar sakit dan memerlukan penjagaan.
Kisah pengorbanan wanita itu dikongsikan oleh anak pasangan tersebut menerusi hantaran TikTok Dr Nabila Silky Lara yang mana akad nikah ibu bapanya dijalankan pada 3 Oktober lalu.
“Lepas hampir 20 tahun berpisah, hari ni mak dengan ayah kembali disatukan sebgai suami isteri.
“Saya satu-satunya anak, mungkin sejak kecil saya dah terbiasa terima jalan hidup ibu ayah ni dah berbeza. Tapi rupa-rupanya ada cerita yang Allah ‘belum habiskan’,” katanya pada hantaran video semalam.
Dr Nabila berkata, bapanya ditimpa kemalangan pada tahun ini sekali gus memerlukan penjagaan harian yang rapi.








/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/11/36276d98cfbe90bdd17ecb412d407341.jpg)