PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan sehingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, negeri tersebut melibatkan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut Matang, Selama, Manjung, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan dan Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang).
“Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Pahang (Bentong, Cameron Highlands, Raub dan Lipis), Selangor (Hulu Langat, Gombak, Hulu Selangor, Petaling dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.






