KUALA LUMPUR - Semua negeri di seluruh negara diramalkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 7 malam ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 4 petang, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda keseluruhan kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, selain Kuala Lumpur serta Putrajaya.Di Pantai Timur, amaran melibatkan Machang dan Pasir Puteh di Kelantan, manakala Terengganu membabitkan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu, selain Jerantut, Pekan serta Rompin di Pahang.Bagi Selangor, kawasan terjejas merangkumi Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.Situasi sama turut dijangka berlaku di Negeri Sembilan meliputi Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin; Melaka (Alor Gajah dan Jasin), manakala di Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat serta Mersing.Sementara itu, di Sarawak, cuaca sama diramalkan berlaku di Sarikei (Maradong dan Sarikei), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Mukah), Sibu (Selangau), Kuching, Kapit (Kapit dan Belaga) serta Limbang.Bagi Sabah pula, kawasan terlibat meliputi Bahagian Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Pedalaman (Tambunan, Sook, Keningau, Sipitang, Tenom dan Pensiangan), Tawau (Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Kalabakan), Sandakan (Kinabatangan, Paitan, Sandakan, Beluran dan Telupid) serta Kudat (Kota Marudu dan Pitas). - Bernama
Amaran ribut petir, hujan lebat di semua negeri
Story details
- Published
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Amaran ribut, hujan lebat di seluruh negeri
- Sinar Harian Amaran ribut petir, hujan lebat di semua negeri (this story)



