SINGAPURA: Monsun Barat Daya dijangka terus melanda Singapura dan kawasan sekitarnya pada separuh pertama Oktober,
Ia diramal mengakibatkan keadaan panas bercampur hujan dan ribut petir di beberapa bahagian pulau itu pada hari tertentu, menurut Perkhidmatan Meteorologi Singapura pada Khamis, lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan, perkhidmatan itu berkata cuaca cerah dan panas dijangka berlaku pada beberapa hari, khususnya sepanjang minggu pertama Oktober, dengan hujan ribut petir diramalkan pada lewat pagi dan sebelah petang.
Secara keseluruhan, jumlah taburan hujan dalam tempoh dua minggu pertama Oktober dijangka berada di bawah purata di kebanyakan kawasan Singapura.
Suhu maksimum harian dijangka antara 34 hingga 35 darjah Celsius pada kebanyakan hari dan mungkin melebihi 35 darjah Celsius pada beberapa hari.






