KUALA LUMPUR: Penang Free School (PFS) akan menyambut ulang tahun ke-210, meraikan lebih dua abad legasi pendidikan bersama generasi Old Frees, pelajar, pendidik, rakan industri serta anggota masyarakat daripada pelbagai lapisan, bermula semalam sehingga esok.

Sambutan berteraskan semangat 'Fortis Atque Fidelis - Strong and Faithful' akan menjadi wadah untuk menggerakkan sokongan terhadap Dana Transformasi Digital Penang Free School, inisiatif strategik yang dirangka bagi mempercepat kesiapsiagaan sekolah dalam menghadapi landskap pendidikan, teknologi dan ekonomi yang berkembang pesat.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Ivan Ooi Jieun Vei, berkata keputusan mengadakan sambutan ulang tahun ke-210 mencerminkan kepentingan mempersiapkan PFS dan pelajarnya untuk masa depan.