SHENZHEN: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan gesaan untuk hubungan pelbagai hala yang tulen, perkongsian teknologi yang saksama dan tumpuan terhadap pembangunan berteraskan insan pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2026.
Perdana Menteri menggesa pemimpin dunia dan komuniti perniagaan antarabangsa supaya memastikan kemajuan ekonomi tidak meminggirkan negara membangun.
Menegaskan keperluan mewujudkan struktur ekonomi global yang lebih adil, beliau berkata, kerjasama global sebenar tidak boleh dilaksanakan secara sebelah pihak.
"Kita mesti menghormati peraturan pelbagai hala (multilateralisme). Anda tidak boleh, dalam nafas yang sama, mendakwa mempromosikan perdagangan dan pelaburan, tetapi mengehadkannya hanya kepada negara anda sendiri.






