Malaysia menerima bantuan pertahanan daripada beberapa negara sahabat termasuk Jepun, Amerika Syarikat, Australia dan Jerman bagi memperkukuh keupayaan ketenteraan negara serta menyumbang kepada keamanan dan kestabilan rantau ini.
Key takeaways
Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin menyatakan Malaysia menerima bantuan pertahanan daripada Jepun, Amerika Syarikat, Australia dan Jerman bagi memperkukuh keupayaan ketenteraan serta menyumbang kepada kestabilan rantau Asia Pasifik.
- Kerjasama ini bertujuan meningkatkan keupayaan pertahanan negara dan peranan Malaysia dalam memastikan kestabilan rantau Asia Tenggara.
- Bantuan Jepun membantu mengatasi jurang keupayaan maritim Malaysia dalam memantau kawasan perairannya.
- Sistem antidron daripada Jepun dilaporkan akan ditempatkan di lokasi strategik seperti Sepanggar dan Labuan.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
TELOK MAS: Malaysia menerima bantuan pertahanan daripada beberapa negara sahabat termasuk Jepun, Amerika Syarikat, Australia dan Jerman bagi memperkukuh keupayaan ketenteraan negara serta menyumbang kepada keamanan dan kestabilan rantau ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerjasama itu bukan sahaja bertujuan meningkatkan keupayaan Malaysia mempertahankan negara, malah membolehkan negara memainkan peranan lebih besar dalam memastikan kestabilan rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik.
“Jepun misalnya, kita menjelaskan bahawa berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), terdapat dua syarat untuk menentukan hak sesebuah negara terhadap kawasan maritim.