MELAKA: Malaysia menerima bantuan pertahanan daripada beberapa negara sahabat, termasuk Jepun, Amerika Syarikat, Australia dan Jerman bagi memperkukuh keupayaan ketenteraan negara serta menyumbang kepada keamanan dan kestabilan rantau ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerjasama berkenaan bukan sahaja bertujuan meningkatkan keupayaan Malaysia mempertahankan negara, malah membolehkan negara memainkan peranan lebih besar dalam memastikan kestabilan rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik.
"Jepun misalnya, kita menjelaskan bahawa berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), terdapat dua syarat untuk menentukan hak sesebuah negara terhadap kawasan maritim.









