Tokyo: Ketua jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu menerima hakikat penangguhan Piala Asia 2027 dari Januari ke Disember tahun depan yang berkemungkinan menutup peluang terakhirnya memburu trofi sebelum meninggalkan skuad kebangsaan.
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengumumkan kejohanan di Arab Saudi itu ditangguhkan hampir setahun berikutan 'keadaan luar biasa' di rantau berkenaan susulan serangan Houthi ke negara tuan rumah.
Moriyasu sebelum ini dijadual membimbing Jepun pada kejohanan itu sebelum menyerahkan tugas kepada ketua jurulatih skuad Bawah 23 tahun (B-23), Go Oiwa, namun kini berkemungkinan meninggalkan pasukan pada penghujung tahun ini.
Pengarah teknikal Persatuan Bolasepak Jepun (JFA), Masakuni Yamamoto enggan mengulas lanjut mengenai tempoh peralihan kepemimpinan ketika Moriyasu mengumumkan senarai pemain bagi aksi persahabatan menentang Brazil dan Paraguay di Singapura bulan ini.










