Balik Pulau: Polis menahan 35 warga asing yang disyaki terbabit dalam sindiket penipuan cinta dan pelaburan emas dalam talian menerusi serbuan di dua premis kediaman di Bayan Lepas, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab, berkata operasi kira-kira jam 2.10 petang itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) daerah dengan kerjasama BSJK Kontinjen Pulau Pinang.
Beliau berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 33 lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang lelaki warga Taiwan.
Katanya, siasatan mendapati sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak September 2026 dan menyasarkan wanita warga China berusia antara 18 hingga 46 tahun menerusi aplikasi Telegram.








