Kuala Lumpur: Kerajaan meningkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara (NCTL) daripada rendah kepada sederhana sebagai langkah berjaga-jaga susulan perkembangan keselamatan semasa.
Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan penting negara terus terlindung daripada sebarang kemungkinan gangguan.
Sehubungan itu, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengadakan mesyuarat bersama ketua sektor dan entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII) pagi tadi bagi memperkukuh penyelarasan kesiapsiagaan setiap sektor.
"Mesyuarat berkenaan menetapkan supaya semua entiti NCII melaksanakan sembilan tindakan kesiapsiagaan keselamatan siber termasuk pemantauan 24 jam, tampalan sistem, pengesahan pelbagai faktor dan pengemaskinian Pelan Kesinambungan Perkhidmatan.








