Kuala Lumpur: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) melakukan pendaratan di kawasan lapang berhampiran Perumahan Sri Pertiwi, Kidurong, Bintulu, Sarawak, hari ini sebagai langkah berjaga-jaga.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud, berkata juruterbang helikopter berkenaan melakukan pendaratan kira-kira jam 2.16 petang.
"Saya sahkan pesawat berkenaan membuat pendaratan precautionary (langkah berjaga-jaga) dan juruterbang tidak mengisytiharkan sebarang kecemasan.
"Keseluruhan seramai dua penumpang serta seorang juruterbang dilaporkan dalam keadaan selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi hari ini.









