London: Pemilik Liverpool, Fenway Sports Group (FSG) dilaporkan mengadakan perbincangan untuk membeli pasukan Formula Satu (F1) Cadillac dengan nilai melebihi £2 bilion (RM10.9 bilion), selain meneliti peluang pelaburan dalam sektor sukan lain.

FSG memiliki Liverpool sejak 2010 selepas mengambil alih kelab itu dengan harga £300 juta (RM1.64 bilion) ketika masih dikenali sebagai New England Sports Ventures.

Dalam tempoh 16 tahun, nilai Liverpool meningkat kepada £5.5 bilion (RM30 bilion), namun semakin banyak petunjuk menunjukkan penguasaan FSG terhadap kelab itu mungkin menuju penghujungnya.

Akhbar The Guardian melaporkan FSG sudah mengadakan perbincangan untuk membeli pegangan majoriti dalam pasukan Cadillac F1 dengan nilai melebihi £2 bilion.