New York: Presiden FIFA, Gianni Infantino berkemungkinan dipaksa menjawab persoalan berhubung hubungannya dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump atau berdepan tindakan jenayah selepas Parti Demokrat meraih kemenangan dalam pilihan raya pertengahan penggal Kongres.

Demokrat dalam Jawatankuasa Kehakiman Dewan Perwakilan AS mengesahkan pada 26 Julai, mereka melancarkan siasatan terhadap apa yang disifatkan sebagai kempen berterusan FIFA dan Infantino untuk meraih sokongan Trump, selain meminta Infantino menyerahkan dokumen berkaitan dan hadir memberi keterangan di hadapan jawatankuasa itu.

Pada 23 September, jurucakap Demokrat dalam jawatankuasa berkenaan berkata tahap kerjasama Infantino dan FIFA dalam siasatan itu amat mengecewakan.