JAKARTA – Seorang maut, manakala dua lagi hilang selepas helikopter Mi-17V5 milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) terhempas ketika menjalankan operasi pemadaman kebakaran hutan di Kalimantan Tengah, hari ini.
Jabatan Penerangan TNI AD berkata, helikopter yang dinaiki lapan kru itu terhempas di perairan Sungai Perlu, Danau Sembuluh, Seruyan, ketika menjalankan operasi pemadaman kebakaran di kawasan Taman Nasional Tanjung Puting (TNTP) kira-kira 11.18 pagi waktu tempatan.
Helikopter itu berlepas dari Kuala Pembuang pada 9.55 pagi menuju Telaga Pulang sebelum terhempas ketika mengamb









