Masjid Tanah: Barisan Nasional (BN) berjaya meletakkan garis sempadan bagi mengelakkan politik kebencian, hasutan dan fitnah sepanjang lima hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh, berkata pendekatan berkempen secara berhemah itu mencerminkan kematangan politik yang diamalkan parti berkenaan pada pilihan raya kali ini.

"Saya lihat jentera begitu bersemangat untuk memastikan semua gerak kerja menuju 14 November ini berjalan lancar dan ceramah juga mendapat sambutan yang baik.

"Penerangan sudah diberikan dan isu semasa tidak menjurus kepada politik kebencian, politik hasutan ataupun politik fitnah.