MELAKA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat dakwaan bahawa calon BN menggunakan premis dan jentera kerajaan untuk berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ab Rauf berkata, berdasarkan maklumat awal yang diterimanya, premis berkenaan digunakan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) bagi menyalurkan bantuan kepada masyarakat India.

Katanya, beliau difahamkan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar melawat kawasan mengundi, bukannya untuk menghadiri atau terbabit dalam program pengagihan bantuan berkenaan.

"Pertama, saya melihat sudut pandang yang berbeza kerana saya difahamkan bahawa tempat Dewan JAPERUN itu adalah satu tempat yang telah pun digunakan oleh MPJ untuk memberi bantuan kepada masyarakat kaum India," katanya.