KUALA LUMPUR: GWM Malaysia meneruskan komitmen terhadap operasi pemasangan tempatan (CKD) apabila unit pertama GWM ORA 5 Hi2 HEV berjaya dikeluarkan dari kilang EP Manufacturing Bhd (EPMB) di Melaka, menjelang pelancaran rasmi model itu pada bulan ini.

Pengeluaran berkenaan merealisasikan perancangan yang diumumkan GWM Malaysia ketika Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2026, sekali gus menambah satu lagi model dalam barisan kenderaan pemasangan tempatan jenama itu.

GWM ORA 5 Hi2 HEV akan menyertai GWM HAVAL H6 HEV serta GWM WEY G9 Hi4 PHEV dan HEV yang turut dipasang di Malaysia, menambah pilihan model dalam rangkaian pengeluaran tempatan syarikat itu.

Setakat ini, lebih 10,000 kenderaan GWM sudah dipasang di Malaysia, manakala lebih 1,100 unit GWM WEY G9 pemasangan tempatan dieksport ke Thailand dan Indonesia.