Petaling Jaya: Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat berkaitan lebih 10,000 sekolah di seluruh negara menerusi portal SekolahKu, yang dibangunkan bagi menghimpunkan maklumat institusi pendidikan dalam satu platform berpusat.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata portal hasil kerjasama GovTech Malaysia, agensi di bawah Kementerian Digital dengan Kementerian Pendidikan (KPM) itu dibangunkan bagi memastikan penyampaian maklumat lebih seragam dan mudah diakses.
Katanya, inisiatif berkenaan turut bertujuan mengelakkan pertindihan pembangunan platform digital oleh setiap sekolah, yang sebelum ini dilihat cenderung mewujudkan sistem masing-masing untuk menyediakan maklumat berkaitan institusi berkenaan.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F10%2F94c4627948c6b7f4a35a4a32d86fbf53.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
