WASHINGTON – Kempen pilihan raya separuh penggal Amerika Syarikat kali ini diunjurkan yang paling mahal dalam sejarah, dengan kos mencecah hampir AS$12 bilion (RM48.9 bilion), demikian menurut badan pemerhati kewangan kempen, Open Secrets seperti laporan stesen penyiaran BBC semalam.
Kebanyakan perbelanjaan dibiayai oleh kumpulan politik luar, dikenali sebagai Jawatankuasa Tindakan Politik Super (Super Pacs) yang menyalurkan sejumlah besar wang untuk membiayai beberapa calon utama menjelang hari pilihan raya semalam.
Penderma individu terbesar kali ini ialah manusia terkaya dunia, Elon Musk yang membelanjakan hampir AS$500 juta (RM2 bilion) untuk menyokong calon-calon Parti Republikan, terutamanya di Texas yang menempatkan kebanya










