NEW DELHI – Seorang gadis berumur sia 19 tahun di India memanjat dan berdiri selama empat jam di atas menara telekomunikasi setinggi 30 meter untuk mendesak keluarga membenarkannya berkahwin dengan lelaki idaman, lapor laman berita Geo News.
Kejadian berlaku di daerah Bahraich, negeri Uttar Pradesh, baru-baru ini.
Gadis bernama Sahiba Begum atau lebih dikenali sebagai Mehak itu memanjat menara telekomunikasi selepas bertengkar dengan ibunya mengenai hubungan dengan Nooruddin.
Nooruddin, 21, sedang bekerja di Mumbai, kira-kira 100 kilometer dari menara berkenaan semasa kejadian berlaku.









