KUALA LUMPUR: Anak syarikat Theta Edge Bhd, Theta Technologies Sdn Bhd memperoleh kontrak eksklusif bernilai RM33.01 juta daripada Aceteam Networks Sdn Bhd untuk mendapatkan dan membekalkan sehingga 5,742 unit komputer riba dan komputer meja.

Kontrak berkenaan di bawah projek pengurusan kitar jangka hayat peranti menerusi model peranti sebagai perkhidmatan (DaaS).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Theta Edge menyatakan pelantikan itu akan bermula pada tarikh penghantaran pertama.

Ia akan kekal berkuat kuasa selama lima tahun dari tarikh Ujian Penerimaan Pengguna berjaya diselesaikan.