Awang Tengah Ali Hasan berkata nilai terkumpul kontrak yang dianugerahkan Petronas kepada vendor Sarawak sejak 2014 berjumlah RM51.5 bilion, termasuk projek dilaksanakan di luar negeri itu. PETALING JAYA: Seramai 300 vendor Sarawak mendapat kontrak berjumlah RM2.68 bilion daripada Petronas pada separuh pertama 2026, kata Timbalan Premier, Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau mendedahkan angka itu pada ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini, lapor Dayak Daily.

Menurutnya, nilai terkumpul kontrak yang dianugerahkan Petronas kepada vendor Sarawak sejak 2014 berjumlah RM51.5 bilion, termasuk projek dilaksanakan di luar negeri itu.

Katanya, syarikat Sarawak memerlukan kepakaran teknikal, pensijilan, pembiayaan dan akses kepada kontrak sebenar untuk beralih kepada bidang kerja bernilai tambah lebih tinggi.