Kuala Lumpur: Selepas melalui perubahan besar dalam pentadbiran, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini diberi ruang untuk menstabilkan keadaan, namun persoalan mengenai status pemantauan badan induk itu masih menjadi perhatian.
Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John berkata, pihaknya ketika ini memberi peluang kepada FAM untuk menyusun semula keadaan selepas kongres badan induk itu.
"Buat masa ini kita beri peluang kepada FAM untuk 'settle down' selepas Kongres," katanya ketika dihubungi hari ini.
Kenyataan itu hadir ketika FAM sedang melalui fasa pembaharuan susulan isu tadbir urus dan pengurusan organisasi yang sebelum ini menarik perhatian AFC, selain kontroversi dokumentasi pemain warisan yang mencetuskan tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).










