JAKARTA – Hajat sebuah keluarga untuk meraikan hari bahagia pasangan pengantin di majlis resepsi perkahwinan di Jawa Barat, Indonesia bertukar menjadi pergaduhan besar baru-baru ini, lapor halaman berita Radar Kaltim.
Pergaduhan itu berpunca daripada tindakan seorang tetamu yang mengambil dua hidangan lauk daging semasa menjamu selera.
Berdasarkan maklumat yang tular di media sosial, insiden bermula apabila pihak tuan rumah berasa berang selepas menyedari tindakan tetamu berkenaan yang dianggap mementingkan diri.
Keadaan menjadi semakin tegang apabila tetamu lain mula bersuara dan merungut selepas kehabisan lauk pauk.










