JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial menunjukkan bungkusan plastik roti cair selepas diletakkan ke tanah di sekitar kawasan Gunung Lawu selepas api kebakaran hutan dan tanah dipadamkan.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan seorang lelaki mencampakkan bungkusan plastik roti ke tanah.

Plastik itu berubah bentuk dan cair dalam masa beberapa saat, sekali gus menunjukkan betapa panasnya bawah permukaan tanah selepas api dipadamkan.

Rakaman itu mencatatkan lebih 25,700 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.