PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) hari ini mengumumkan beberapa perubahan melibatkan Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan syarikat.
Aznita Abdul Aziz dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Malakoff berkuat kuasa 21 Oktober 2026, membawa pengalaman kira-kira 26 tahun dalam industri minyak dan gas terutamanya bersama Kumpulan Syarikat Petronas yang merangkumi bidang pengurusan risiko, perancangan strategik, pengurusan portfolio, operasi perbendaharaan dan penilaian ekonomi.
Beliau kini merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Steel Hawk Berhad, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan serta ahli Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko dan Jawatankuasa Imbuhan, selain turut menganggotai Lembaga Gabenor Universiti Antarabangsa Albukhary dan merupakan ahli Institut Pengarah Korporat Malaysia.










