Manchester: Pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez memohon maaf selepas mengkritik secara terbuka lembaga pengarah kelab itu berhubung kekurangan pelaburan dalam pasaran perpindahan susulan kekalahan kepada Atletico Madrid.
Kelab gergasi England itu tewas 0-2 kepada Atletico di Sepanyol Rabu lalu dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL). United juga memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan rekod terburuk dalam tempoh 40 tahun.
Martinez menyasarkan pengarah teknikal, Jason Wilcox dengan berkata dia "100 peratus" menjangkakan lebih banyak pelaburan untuk memperkuatkan skuad ketika jendela perpindahan, selepas United menamatkan saingan EPL musim lalu di tempat ketiga sekali gus kembali beraksi dalam kejohanan elit Eropah itu.






