Seremban: Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaporkan maut, manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan kenderaan jabatan itu dan dua lori di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, malam tadi.
Berdasarkan hantaran seorang warganet, anggota berkenaan dikatakan dirempuh ketika melakukan pemeriksaan terhadap sebuah lori lain di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, setakat ini pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian, namun pegawai kanan JPJ Negeri Sembilan mengesahkan seorang anggotanya maut dalam kejadian itu.






