IPOH: Dua pelajar perempuan maut, manakala seorang lagi parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan kereta di Taman Perpaduan Ria, Tambun, di sini, hari ini.

Kejadian membabitkan motosikal Yamaha EZ115 dan Proton Saga itu dilaporkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun pada jam 7.22 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata maklumat awal mendapati ketika kejadian, ketiga-tiga pelajar itu menaiki satu motosikal dan dalam perjalanan ke sekolah.

"Setibanya di lokasi, motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Saga .

"Akibat kejadian itu, dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh anggota Kementerian Kesihatan, manakala seorang lagi parah," katanya.