zahratulhayat@nst.com.my
Ipoh: Dua pelajar perempuan maut, manakala seorang lagi parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Taman Perpaduan Ria, Tambun, di sini, hari ini.
Kejadian membabitkan sebuah motosikal Yamaha EZ115 dan sebuah Proton Saga itu dilaporkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun pada 7.22 pagi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat awal menunjukkan, ketika kejadian, ketiga-tiga pelajar itu menaiki satu motosikal dan dalam perjalanan ke sekolah.
"Setibanya di lokasi, motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Saga .






