PETALING JAYA: Dua pelajar sekolah maut, manakala seorang lagi parah dalam nahas dua kenderaan di Taman Perpaduan Ria, dekat Tambun, pagi tadi.
Difahamkan, dua mangsa yang maut merupakan adik-beradik dipercayai dalam perjalanan ke sekolah, namun identiti mereka belum dikenal pasti.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba Tambun dikejarkan ke lokasi selepas menerima maklumat pada 7.22 pagi.
"Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua kenderaan, iaitu kereta jenis Proton Saga dengan sebuah motosikal Yamaha EZ115.






