zahratulhayat@nst.com.my

Ipoh: Identiti dua pelajar yang maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Perpaduan berhampiran Taman Perpaduan Ria, di sini, hari ini, sudah dikenal pasti.

Dalam kejadian jam 7.40 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia ialah penunggang motosikal, Elyana Nasuha Ibrahim, 19, dan adiknya, Suhaila, 10.

Seorang lagi adik mereka, Norhayati Qaliesha, 12, yang turut membonceng motosikal sama mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

Suhaila dan Norhayati Qaliesha adalah murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Dermawan.