“USAHA menya­tupadukan rakyat semes­tinya menghadapi halangan besar, apabila ada kalangan rakyat yang memilih mahu mensensasikan isu kaum, isu agama, isu negeri dan isu wilayah, pada waktu yang kita sepatutnya lebih memberi fokus, mematangkan kerjasama dan mengukuhkan persefahaman yang dirintis dan dibina oleh pemimpin terdahulu. Negara ini jangan dijadikan rumah sengketa, tempat berpesta dalam kalangan insan yang mabuk kuasa. Merdeka itu bakal hancur maknanya apabila lidah sebahagian rakyat bersifat lebih bisa daripada anak panah beracun, memilih meracuni fikiran rakyat.” – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Isu kebiadaban terhadap kesucian agama kembali mencetuskan kemarahan yang memuncak dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.