New York: Jon Rahm mencapai persetujuan untuk berpisah dengan LIV Golf, menurut dokumen mahkamah, dengan mengetepikan semua tuntutan kewangan terhadap siri itu sebagai pertukaran bagi hak nama dan imejnya.

Perjanjian itu diperincikan dalam dokumen mahkamah kebankrapan yang difailkan semalam, susulan peguam Rahm memaklumkan Hakim Mahkamah Kebankrapan Amerika Syarikat bagi New Jersey, Michael Kaplan, minggu lalu bahawa pemain itu tidak akan kembali ke LIV menerusi cadangan pelan kewangan baharu.

Kaplan perlu meluluskan perjanjian perpisahan Rahm dengan LIV bulan depan, ketika masa depan siri itu bagi 2027 berkemungkinan diketahui.

Pembiayaan LIV sebelum ini daripada Arab Saudi dihentikan awal tahun ini, manakala siri itu menamatkan kempen 2026 yang dikurangkan pada Ogos dengan Rahm muncul juara musim LIV buat kali ketiga berturut-turut.