PETALING JAYA – Aktres Nora Danish mencuri perhatian apabila berkongsi mesej peribadi (DM) daripada seorang wanita yang menawarkannya menjadi isteri kedua, sekali gus madunya.

Terkejut namun dalam masa tidak menerima tawaran yang hadir secara tiba-tiba itu, Nora, 44, Nora menyifatkan wanita tersebut sebagai pasangan terbaik buat si suami.

“Mari kita doakan agar suaminya setia padanya dan menjaganya dengan penuh cinta hingga akhir hayat,” katanya dalam satu hantaran media sosial.

Menerusi hantaran sama, Nora yang tersentuh dengan perkara tersebut juga berharap hubungan pasangan suami isteri itu sentiasa dilimpahi kebahagiaan.</